Friday, November 20, 2009
.::Ikhlaskan Hati::..
Posted by Unknown at 11/20/2009 10:44:00 AM 1 comments
Labels: Latest Post
Thursday, November 19, 2009
..::Disudut hatiku::..
Posted by Unknown at 11/19/2009 08:40:00 PM 0 comments
Tuesday, November 17, 2009
.::Nilai Sebuah Laptop??::.
- Pakai la anti-virus y bOley d'percayai
- Jangan ambil jalan singkat hantar kedai jer
- Belajar la skit2 psal laptOp anda, xrugi sikit pun
- Jangan downlOad Or melawat web2 y harmfull!!!
- Syangi lptOp anda. Jangan pndi syang buah ati je
Posted by Unknown at 11/17/2009 12:42:00 AM 0 comments
Wednesday, November 11, 2009
..::Oh!! MICETku::..
Posted by Unknown at 11/11/2009 06:05:00 AM 0 comments
Tuesday, October 20, 2009
Monday, October 12, 2009
..::Cahaya Ketabahanku::..
Kekuatan yang hampir terlerai ikatan ketabahannya
Sungguh kelemahan ini menghampakan diriku
Bermandikan titisan semangat yang tidak basah
Berlalu sepi kesedihan yang mendinginkan jiwaku
Mendongak langit biru yang tenang dadanya
Menyentuh embun pagi yang nyaman titisannya
Mengharapkan hatiku setenang kebiruan langitMu
Senyaman embun pagiMu yang mendamaikan jiwa
Lafazku mengucap syukur pada rahmat ihsanMu
Tidak kubiar keikhlasan tersimpang dari redhaMu
Desiran angin bertiup menyampaikan kabaran rindu
Ku ukirkan tugu kasih cinta dengan keimanan didada
Mungkinkah kutemui insan semulia setanding kasihmu
Tulus kasihmu tiada tara bertakhta selamanya dihati
Ku serahkan sebuah harapan bernama doa dan tawakal
Biar puing kasihku membisikkan rinduku kepadamu
Wajahmu lembut biasan pekertian nan tinggi
Katamu berhikmah litupan hatimu yang tulus suci
Kau permaisuri dihati yang menghiburkan jiwaku
Tuhan kekalkanlah takhta indah Permaisuri dikalbu
Ku genggam dirimu antara kekasih pilihan hatiku
Biarkan dia menemaniku menggapai indah cintaMu
Seketika ku biar diri terlontar di dunia khayalan
Hilang bersama kelembutan belaian cinta hamba
Tersedar aku dari lena panjang yang mengasyikkan
Kembali diriku berpijak nyata pada dataran hakikat
Sejauhnya aku pendam lafaz yang tersimpan dihati
Nukilan: Khairul Azmi
Posted by Unknown at 10/12/2009 08:12:00 PM 0 comments
Wednesday, August 26, 2009
..::Coretanku::..
Assallammualaikum...
Ahlan Wah Sahlan, rasanya masih belum terlambat lagi bagi saya untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-Mubarak yang mulia ini kan?? Sedar tak sedar hari ini dah 6 ramadhan, baru je 5 ramadhan berlalu selepas azan maghrib sebentar tadi, sekejap je masa berlalu. Diharapkan bulan yang penuh cahaya keberkatan ini kita dapat sempurnakan ibadah-ibadah yang dituntutNya sebaik yang mungkin. Semoga kita memperoleh keberkatan dariNya, serta diharapkan bulan ramadhan yang menjelma kali ini dapat digunakan sebaik mungkin bagi mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Malahan setiap malam dibulan ramadhan dijanjikan pelbagai ganjaran yang tidak diberikan dibulan2 yang lain. Jadi, marilah kita bersama-sama mengharapkan keredhaanNya, sesungguhnya bulan ramadhan ini indah dengan cahayanya, melimpah ruah juga keberkatan yang dijanjikan untuk kita, asalkan manusia itu didalam nuansa dirinya menyambut kehadiran bulan ramadhan ini dengan keikhlasan bagi mengharapkan redha dariNya. Sanggupkah kita melepaskan peluang keampunan dan keredhaan yang telah dijanjikan cuma dibulan ramadhan, demikian juga yakinkah kita ramadhan pada tahun yang akan datang masih mampu kita lihat sinarnya??
Ramadhan yang datang kali ini disambut dengan hati yang terbuka, disebalik itu perjuangan sebagai seorang 'student' tetap diteruskan. Walaupun batasan waktu serta tenaga kadang kala membuatkan kita lemah serta tidak berupaya berfikir dengan jelas. Namun, perlukah kita mengalah dengan semua yang ketentuan yang direncanakan Yang Maha Esa, pemilik setiap apa yang ada dilangit dan dibumi, sedangkan Allah menjanjikan ganjaran bagi orang yang tabah menempuh dugaanNya. Perlunya pemikiran yang lebih kehadapan dan matang dalam mengatasi tekanan ini. Lihatlah pada keberkatan yang menanti, usah difikirkan kesusahan, kerana kesusahan itu cumalah ujian bagi mengerlipkan sinar kejayaan. Sekiranya kita lemah dalam situasi sekarang, mengalah dengan begitu mudah, mungkinkah kita dapat mengatasi dugaan lain yang akan mendatang yang pastinya lebih mencabar lagi.
Alhamdulillah, berkat keyakinan serta doa yang dipanjatkan, dapat juga saya bangun, Azmi yang dulu telah balik!! Dah xde dah episod2 air mata duka, tiada lagi kesedihan yang tidak sepatutnya ditumpahkan serta difikirkan. Sesungguhnya kesedihan yang lalu merupakan kebodohan yang tidak patut walau sekali pun untuk terjadi keatas diriku, sedarlah saat itu betapa lemahnya diriku sebenarnya. Thankz untuk semua yang telah menjadi pendorong semangat, bahkan yang telah sanggup bersusah payah bersama2 dengan saya saat sebegitu. Sesungguhnya tidaklah saya ini sebagai seorang hamba Allah dapat membalasNya, tuhan saya jualah yang membalasnya.Amin.
Indahnya dunia yang harus dinikmati, jom sama2 kita mengecap sedikit nikmat ciptaan Allah ini, keindahan dunia yang bukan untuk dipuja, tetapi untuk dihayati maksud ciptaanNya. Tidak salah bagi kita bagi mencintai ciptaan yang tidak ternilai ini, asalkan tidak hanyut bersama kelalaian yang mengejarnya. Dunia adalah hadiah bagi orang2 yang berfikir, dan jerat bagi orang2 yang lalai. Pilihlah jalan yang sepatutnya dilaluan hidupmu. Hiasilah pentas dunia dengan keceriaan dan kegembiraan, barulah hati yang tenang dapat merasai luas serta indahnya pentas dunia ciptaan Allah ini. Hati yang sedih dan duka hanyalah jambatan mengecapi kegembiraan, jangan pernah sedetik pun kita mengalah, kegembiraan yang disulami ketenangan itu indah didalamnya. Percayalah wahai sekalian sahabat-sahabatku.
Disudut ini saya telah lampirkan sedikit panduan berkenaan dengan doa yang baru saja di'post'kan serta sedikit kata2 semangat dari nanyian Miley Cyrus, hayatilah kedua2nya, semoga dari situ dapat peroleh ketenangan dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. serta lagu nyanyian yang berinti patikan kata2 semangat, dari tajuk lagunya "The Climb" pastinya sudah mampu menggambarkan semangat yang tersirat didalamnya. Sedikit masa lagi akan saya 'post'kan sedikit perkogsian bertajuk "Jodoh Ketentuan Atau Usaha" yang masih lagi dalam proses mencari isi2 terbaik untuk tatapan pembaca. Di akhir kata, selamat menyambut bulan ramadhan al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa, semoga perolehi sinar keberkatan lebih dari tahun yang sebelumnya. Insyallah. Assallammualaikum...
Posted by Unknown at 8/26/2009 05:35:00 AM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
..::I Got To Climb!!::..
Miley Cyrus
I can almost see it
That dream I’m dreamin
But there’s a voice inside my head saying
“you’ll never reach it”
Every step I’m taking
Every move I make feels
Lost with known direction
My faith is shakin
But I gotta keep tryin
Gotta keep my handheld high
There’s always gonna be another mountain
I’m always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose
Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waitin on the other side
It’s the climb
The struggles I’m facing
The chances I’m taking
Sometimes might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it but these are the moments that
I’m gonna remember most, yeah
I Just gotta keep going
And I gotta be strong
Just keep pushing on
’cause
There’s always gonna be another mountain
I’m always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
But Sometimes I’m gonna have to lose
Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waitin on the other side
It’s the climb
There’s always gonna be another mountain
I’m always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes you’re gonna have to lose
Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waitin on the other side
It’s the climb
Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith
It’s all about
It’s all about the climb
Keep the faith
Keep your faith!!
Posted by Unknown at 8/25/2009 05:18:00 AM 0 comments
Saturday, August 22, 2009
..::Doa Senjata Mukmin::..
Semasa senang jangan lupa berdoa kepada Allah serta mensyukuri nikmatNya. Jika senang, berdoalah supaya Allah murahkan lagi rezeki yang halal dan berkat di masa depan sementara yang bahagia memohon dipanjangkan kebahagiaan itu. Mereka yang sihat berdoalah supaya sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Firman Allah dalam Surah Al-Imraan, ayat 159, yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah amat kasih kepada orang yang bertawakal.”
Posted by Unknown at 8/22/2009 04:49:00 AM 0 comments
Sunday, August 9, 2009
..::Coretanku::..
Posted by Unknown at 8/09/2009 07:36:00 PM 0 comments
..::Wahan Muslim::..
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan". Seorang sahabat bertanya,
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
Posted by Unknown at 8/09/2009 06:59:00 PM 0 comments
Sunday, July 19, 2009
..::Coretanku::..
20 Julai 2009
Assallammualikum...
Hari nie kerja saya cuma lepak rumah dari pagi bawa ke tengahari, dari tengahari bawa ke petang. Tapi, sebenarnye pagi xwujud pun, sebab bangun pun dah tengahari. hahaha. Semalam tidur lambat la jugak, layan movie, main internet termasuk lah jugak meng'update' serta menghiaskan blog kesayangan nie dengan bahan-bahan baru bagi nampak fresh sikit, nanti dah start study mesti dah busy, apetah lagi, ble dah seronok menyembang, lagipun budak-budak rumah sewa semua dah balik. Jadi, nak dipendekkan cerita, macam-macam cerita la diorang bawa balik sekali. Bukan sekadar badan je yang balik, macam-macam. Hahahaha. Tapi layan, nie la kelebihannye bila kenal or berkawan dengan pelbagai orang dari kawasan yang berbeza diatas muka bumi Allah nie. Tapi, yang baru sampai semalam nie semua budak Johor, balik konvoi la katakan. Seriusly, memang bezz kalau balik konvoi, xla mati kutu atas jalan tue. ada jugak teman untuk kita bual, kalau jadi pape atas jalan sekalipun, ada la jugak yang dapat tolong, betul tak??
Seeloknye hari nie, baik puasa je, apa xnye, siang juz makan beberapa keping roti je, malam baru nak reti kua makan, nak keluar makan xnak pulak yang dekat-dekat nie, dalam bandar melaka gak pergi. Hmm, tapi bezz la keluar ngan budak- budak rumah, enjoy! Lagipun makanan dalam pekan nie xla teruk sangat, maklum la orang kampung, mana la reti sangat nak keluar malam-malam, jauh-jauh pulak tue(berlagak baik la pulak. Hampeh). Sedap la jugak, saya order nasi goreng ayam dengan teh tarik. Harga pun ok gak, nanti lain kali boleh datang lagi, xpun ajak kawan-kawan lain ke, kalau nak ajak kekasih hati, jauh la pulak dekat sana. Huhuhu. Rindu kamu Zaty!! Cepat la balik Malaysia!!
Tapi, hari nie hari sedih la, kesian Zaty tue dekat Mesir, terkontang-kanteng dia hidup kat sana, sempat la jugak dia meluahkan perasaan tadi, kesian je rasanya, sabar ye Zaty. Kalau dulu kamu di Malaysia, ade la jugak orang yang tolong tengok-tengokkan kamu kan?? Sekarang bila dah jauh camnie rasa risau pun ada, rasa bersalah pun ada jugak, sebab xdapat ada untuk kamu, xpela, bersabar jela ok. Dugaan tuhan nie, sebenarnya merupakan landasan kejayaan untuk orang-orang yang tabah dan sabar. Jadi, jangan la patah semangat ok, lagipun exam pun dah nak dekat sangat-sangat, bulatkan tekad untuk dapat result yang terbaik, kata nak jadi Doktor Pakar Jantung. Saya sentiasa dibelakang kamu untuk bagi sokongan. Chaiyok2!!
Semalam akhirnya dapat jugak saya cari Chat Box yang macam dekat sebelah kanan nie, sekian lama mencari, akhirnya. Huhuhu. Lepas nie, kepada pelawat-pelawat dan rakan-rakan saya, boleh la menghantar pesanan atau berbual sambil menziarahi blog nie, jangan segan silu ok. Sebab tanpa sokongan kalian, xberseri la blog nie, kan2? Thankz semua!! Dan kalau ada pape yang tidak berkenan dihati pun boleh luahkan jugak, kan abang Nobi? Hahaha. Aku pinjam lagu kau seminggu ok. Hari nie 27 Rejab, Isra' Mikraj, jom kita ramai-ramai puasa sunat. Besar ganjaran pahala dia, lagipun solat sunat yang dituntut. Harap-harap esok dapat terjaga untuk sahur, bukan apa kadang-kadang dengan tidak sengajanya terbangun lewat, tapi memang selalu lewat pun, xda pun istilah kadang-kadang. Huhu. Ok la, dah lewat malam, mata pun dah layu, nak suruh tido la nie. Hmm. selamat malam semua dan selamat berpuasa esok. Assallammualaikum...
Posted by Unknown at 7/19/2009 09:56:00 AM 0 comments
Saturday, July 18, 2009
..::RAHSIA Perempuan Yang Lelaki PERLU Ketahui::..
Posted by Unknown at 7/18/2009 08:00:00 AM 0 comments
..::7C Yang Pada Wanita & 8G pada Lelaki::..
Posted by Unknown at 7/18/2009 05:48:00 AM 0 comments
Friday, July 17, 2009
..::Coretanku::..
18 Julai 2009
Assallammualaikum...
Hari nie 18 julai, bersamaan 25 Rejab. Dah nak habis bulan rejab rupanya, bulan yang dikhaskan untuk manusia sebagai hamba Allah untuk beribadat kepada Allah swt, sepertimana yang dikatakan Rasullah, bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulan Rasullallah dan bulan Ramadhan adalah bulan sekalian umat manusia. Jadi dah tinggal sikit je lagi hari, baki didalam bulan Rejab. Marilah kita banyak-banyak beribadat kepada Allah swt, berpuasa contohnya, kerana dalam banyak-banyak ibadah yang kita lakukan, puasa saja yang kita lakukan untuk menunjukkan ketaatan kita kepada allah swt, dan ibadat-ibadat lain kita lakukan adalah untuk diri kita kelak.
Hari nie sememangnya hari yang agak borink, sebab ramai lagi budak-budak rumah sewa yang tak balik lagi, dah xtau ape nak buat sebab bangun pun lambt, mungkin penat sebab main futsal sampai lewat malam semalam, tapi bezz, so, petang lepas jumaat juz layan internet jela, lepas tue, pergi settlekan tajuk final project pulak, pergi jumpa Pn. Ruzaidah, harap-harap dapat tajuk yang ok. amin.
Tadi, first time dapat tengok junior-junior aku, boleh tahan. huhu. tapi cuma dari mata turun ke hati jela, bukan kenal lagi diorang, dah kenal nanti, entah ape cerita. Hmm. lepas tue pergi basuh moto kesayangan jap, dan malam pegi keluar makan dekat kedai depan, sembang-sembang, balik tue, bukak laptop tengok movie, sekarang nie baru je lepas layan movie.
Hari pun da jauh malam skang, mate pun da penuh bintang, bantal pun da merayu panggil tido, jadi rasanye mase tido dah sampai, menunggu orang tu cari, tapi masih xcari-cari, seharian dah menunggu. Xpela, mungkin die busy xnak diganggu, lagipun exam die pun dah nak dekat, so, sekarang nie, tido tetap tido, plan untuk esok xde pape lagi, ade cadangan?? Esok kalau ada kesempatan nak siapkan artikel tentang "Adakah Iskandar Bukan Zulkarnain", terima kasih kepada sesiapa yang dah bace introduction dia, thankz you all!! sebarang komen post je kat comment box, insyaallah saya akan baca untuk peningkatan diri saya dalam bidang penulisan. Dah xda pape nak ditaip lagi, mari kita tido. selamat malam. Assallammualaikum...
Posted by Unknown at 7/17/2009 11:46:00 AM 0 comments
Tuesday, July 14, 2009
..::Pemakanan Minda Islam::..
Posted by Unknown at 7/14/2009 10:09:00 PM 2 comments