BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 14, 2009

..::Pemakanan Minda Islam::..



1. ASAL (Madu Lebah)
Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda sepertimana yang diterangkan dalam risalah ringkas ini. Kebaikan madu terdapat Al-Quran, Surah Al-Nahl ayat 68-69.
Maksudnya :"...dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia." Dalam kitab yang ditulis oleh Abdul Rahman Al-Juza (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa. Maksudnya : "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan". Kami memilih madu dari Republik Islam Iran, kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu dari pohon-pohon kurma, tin, zaiton, delima dan sebagainya yang mana kesemuanya disebut dalam Al-Quran dan kitab-kitab Perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak.

2. KARAPS (Bunga)
Dalam kitab Tib al-Nabi , ms 47, Nabi saw sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda saw. Maksudnya : "Makanlah olehmu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir as)" Sabda Baginda saw lagi tentang kebaikan karaps. Maksudnya : "Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps".


3. ZA'FARAN (Stigma Bunga) 
Stigma Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King Of Spices". Terlalu banyak dalam kitab yang menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab, ms 381, Saiyidina Ali kw menyatakan. Maksudnya : "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir". 

4. SU'DUN (Akar Tumbuhan)
Kebaikan Su'dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 2 di atas. Za'faran dan Su'dun dikehendaki makan bersama madu setiap hari.

5. ZANJABIL (Ubi Tumbuhan)
Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18 Maksudnya : "...mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil." Dalam kitab, menyebutkan riwayat ulama yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141-203H) menyatakan bahawa. Maksudnya : "Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari". 

6. LUBAN (Getah Pokok)
Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya menyebut dari Ibnu Abbas r.d. Anas r.a. dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya : "Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan".

7. HABBATUS SAUDA' (Bijirin)
Kegunaan Habbatus Sauda' bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan nombor 1 di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda' terlalu banyak. Di antaranya sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw bersabda. Maksudnya daripada hadis Abi Salamah r.d. bahawasanya Rasulullah saw bersabda : "hendaklah kamu mengambil Habbatus Sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati".

8. KHARDAL (Bijirin)
Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti y dinyatakan diatas pada kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h (141-203H) menyuruh kita memakan khardal dan Zanjabil bersama madu setiap hari. 

9. ADAS (Bijirin)
Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Adas dapat menguatkan ingatan sepertimana disebutkan.
Maksudnya : "Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu), makan adas, makan roti dan membaca ayat al-kursi".


10. ZABIB (Buah)
Dalam kitab yang ditulis oleh Ibnu Qayyim al-Juzi, ms 241, menyebutkan bahawa.
Imam Al-Zuhri berkata "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)".

11. NA'NA (Daun)
Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya, ms 298, menyuruh kita memasukkan daun na'na serta dihaluskan kemudian dicampurkan dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak Habbatus Sauda', diminum suam-suam serta dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta Surah Yassin.

Empat nasihat Imam Shafie r.h. untuk menambahkan kecerdasan akal:
1. Meninggalkan cakap-cakap kosong.
2. Menggunakan siwak.
3. Duduk bersama majlis orang-orang soleh.
4. Duduk bersama majlis ulama' .

2 comments:

Admin said...

Su'dun tu akar tumbuhan... contoh nya..?

Admin said...

Su'dun tu akar tumbuhan... contoh nya..?