Buku yang dinyatakan dengan tajuk diatas adalah hasil karya penulisan dan kajian yang dilakukan secara terperinci oleh seorang anak tempatan. Afareez Abd Razak Al-Hafiz, seorang pensyarah dari Universty Islam Antarabangsa(UIA). Buku ini ditulis berikutan kekeliruan yang timbul dikalangan masyarakat dunia, khususnya bagi golongan Melayu-Muslim, bagi membongkar kewujudan dan rahsia sebenar seorang pemerintah agung yang beriman kepada Allah S.W.T. dan disebut didalam kitab Al-Quran dalam surah Al-Kahfi didalam ayat 98 ini:-
"Ini adalah suatu rahmat dari Tuhanku.Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu adalah benar" atau
ayat ini...:-
"Hingga ia sampai ke tempat terbitnya matahari (timur) dan mendapati suatu yang tiada bagi mereka perlindungan"
ditunjukkan disini bahawa terdapat seorang penakluk yang menakluki hingga ke Timur dunia, keagungannya seperti dinyatakan didalam Al-Quran, dan yang paling jelas dinyatakan adalah berkaitan tembok penghalang dari kaum Yakjud dan Makjud. Adakah boleh disimpulkan disini bahawa Alexander The Great adalah Zulkarnain?? ataupun Zulkarnain merupakan pemerintah lain, dan Alexander The Great itu sememangnya adalah Zulkarnain??
Sehingga sekarang ramai yang tertanya-tanya dan tercari-cari siapakah sebenarnya Zulkarnain, lelaki misteri yang digambarkan didalam Al-Quran, pasti ramai yang ingin mengetahui siapakah sebenarnya Zulkarnain, yang sering kali dikaitkan dengan Alexander The Great, seorang pemerintah agung dari Macedonia yang berjaya memperluaskan pengaruhnya dari timur sehingga ke barat dunia, dari Balkan sehingga Himalaya India dalam tempoh usia sebelum umurnya mencecah 33 tahun, dalam misi yang dilakukan sepanjang hayatnya itu, tidak hairanlah ramai yang berpendapat bahawa Alexander The Great adalah Zukarnain. Tapi persoalannya disini, benarkah beliau yang digambarkan sebagai Zulkarnain?? Kepercayaan ini semakin hari semakin meresap didalam kehidupan masyarakat Melayu-Islam khususnya. Tidak adakah pemerintah lain sebelumnya dan selepasnya yang mampu kita gambarkan sebagai Zulkarnain?? Hari ini terdapat retakan kecil yang mula dipertikaikan, adakah sebenarnya Alexander The Great adalah Zulkarnain.
Didalam sejarah dunia dicatatkan terdapat 4 pemerintahan agung yang telah memerintah dunia sebelum kelahiran Nabi Allah Muhammad S.A.W. Namun begitu, terdapat raja-raja lain yang memerintah muncul tidak kurang hebatnya dan kerajaannya mampu kekal berabad-abad lamanya. Memandangkan pelbagai budaya dan agama yang wujud sebelum kelahiran Nabi Allah Muhammad S.A.W. Ini menjadi kesukaran bagi kita menilai siapakah yang sebenarnya yang beriman dan siapakah pula yang tidak beriman, berlandaskan kajian-kajian dan nas Al-Quran serta hadith S.A.W. Mari kita selidiki kebenaran siapakah sebenarnya Zulkarnain. Mari kita fokuskan kepada 4 raja yang menjadi keutamaan ini terlebih dahulu:-
1.Raja Namrud-Tidak beriman, dikenali dengan pembinaan Menara Babel dan dikaitkan dengan penentangannya kepada Nabi Ibrahim.
2.Raja (Nabi) Sulaiman-Beriman, bahkan adalah seorang Nabi utusan Allah serta mewarisi kerajaan ayahnya Nabi Daud.
3.Raja Bukhtanasar-Tidak beriman, menakluki kerajaan yang pernah dipimpin oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan membawa orang Yahudi ke Babylon sebagai hamba abdi.
4.Raja Zulkarnain-Beriman, uniknya adalah raja-raja yang lain dipanggil dengan nama mereka masing-masing tetapi raja ini dengan gelarannya.
0 comments:
Post a Comment