Setinggi2 aku ingin terus terbang dan bangun bermasa impianku,
Terlalu lama aku membiarkan diriku hanyut bersama kesedihan,
Mengurung kekuatan diriku ini dibenak penjara penyesalan lalu,
Bersama kepuraan jauh disudut gelap ketakutan hati kecilku ini,
Ingin aku mengaturkan langkah indah di pementasan kehidupan,
Tidak lagi membiarkan diriku diperlakukan umpama buah catur,
Oleh tangan di sekelilingku yang semudahnya mempengaruhiku,
Telah lama aku cuma memberi sedang diriku hanya dikorbankan,
Bukan mementingkan diri, tetapi cukuplah segala2 Khairul Azmi,
Laluan kepedihan yang telah kau redahi tidak sesiapa yang peduli,
Manusia2 kejam yang mementingkan diri, aku bencikan mereka,
Ataupun diriku yang buta membiarkan ia terus-terusan berlaku,
Telah aku biarkan diriku dibawah, kini masanya aku ingin berdiri,
Buktikan pada mereka yang cuma menilaimu dengan keangkuhan,
Bukan menghargai tiap kesusahan yang telah engkau korbankan,
Yakin dengan dirimu, kerana masih ada yang mengharapkanmu,
Jangan sesekali gentar kerana panji yang Esa disisimu. Insyallah...
0 comments:
Post a Comment