BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 19, 2009

..::Coretanku::..

20 Julai 2009

Assallammualikum...

Hari nie kerja saya cuma lepak rumah dari pagi bawa ke tengahari, dari tengahari bawa ke petang. Tapi, sebenarnye pagi xwujud pun, sebab bangun pun dah tengahari. hahaha. Semalam tidur lambat la jugak, layan movie, main internet termasuk lah jugak meng'update' serta menghiaskan blog kesayangan nie dengan bahan-bahan baru bagi nampak fresh sikit, nanti dah start study mesti dah busy, apetah lagi, ble dah seronok menyembang, lagipun budak-budak rumah sewa semua dah balik. Jadi, nak dipendekkan cerita, macam-macam cerita la diorang bawa balik sekali. Bukan sekadar badan je yang balik, macam-macam. Hahahaha. Tapi layan, nie la kelebihannye bila kenal or berkawan dengan pelbagai orang dari kawasan yang berbeza diatas muka bumi Allah nie. Tapi, yang baru sampai semalam nie semua budak Johor, balik konvoi la katakan. Seriusly, memang bezz kalau balik konvoi, xla mati kutu atas jalan tue. ada jugak teman untuk kita bual, kalau jadi pape atas jalan sekalipun, ada la jugak yang dapat tolong, betul tak??

Seeloknye hari nie, baik puasa je, apa xnye, siang juz makan beberapa keping roti je, malam baru nak reti kua makan, nak keluar makan xnak pulak yang dekat-dekat nie, dalam bandar melaka gak pergi. Hmm, tapi bezz la keluar ngan budak- budak rumah, enjoy! Lagipun makanan dalam pekan nie xla teruk sangat, maklum la orang kampung, mana la reti sangat nak keluar malam-malam, jauh-jauh pulak tue(berlagak baik la pulak. Hampeh). Sedap la jugak, saya order nasi goreng ayam dengan teh tarik. Harga pun ok gak, nanti lain kali boleh datang lagi, xpun ajak kawan-kawan lain ke, kalau nak ajak kekasih hati, jauh la pulak dekat sana. Huhuhu. Rindu kamu Zaty!! Cepat la balik Malaysia!!

Tapi, hari nie hari sedih la, kesian Zaty tue dekat Mesir, terkontang-kanteng dia hidup kat sana, sempat la jugak dia meluahkan perasaan tadi, kesian je rasanya, sabar ye Zaty. Kalau dulu kamu di Malaysia, ade la jugak orang yang tolong tengok-tengokkan kamu kan?? Sekarang bila dah jauh camnie rasa risau pun ada, rasa bersalah pun ada jugak, sebab xdapat ada untuk kamu, xpela, bersabar jela ok. Dugaan tuhan nie, sebenarnya merupakan landasan kejayaan untuk orang-orang yang tabah dan sabar. Jadi, jangan la patah semangat ok, lagipun exam pun dah nak dekat sangat-sangat, bulatkan tekad untuk dapat result yang terbaik, kata nak jadi Doktor Pakar Jantung. Saya sentiasa dibelakang kamu untuk bagi sokongan. Chaiyok2!!

Semalam akhirnya dapat jugak saya cari Chat Box yang macam dekat sebelah kanan nie, sekian lama mencari, akhirnya. Huhuhu. Lepas nie, kepada pelawat-pelawat dan rakan-rakan saya, boleh la menghantar pesanan atau berbual sambil menziarahi blog nie, jangan segan silu ok. Sebab tanpa sokongan kalian, xberseri la blog nie, kan2? Thankz semua!! Dan kalau ada pape yang tidak berkenan dihati pun boleh luahkan jugak, kan abang Nobi? Hahaha. Aku pinjam lagu kau seminggu ok. Hari nie 27 Rejab, Isra' Mikraj, jom kita ramai-ramai puasa sunat. Besar ganjaran pahala dia, lagipun solat sunat yang dituntut. Harap-harap esok dapat terjaga untuk sahur, bukan apa kadang-kadang dengan tidak sengajanya terbangun lewat, tapi memang selalu lewat pun, xda pun istilah kadang-kadang. Huhu. Ok la, dah lewat malam, mata pun dah layu, nak suruh tido la nie. Hmm. selamat malam semua dan selamat berpuasa esok. Assallammualaikum...


cat sleep Pictures, Images and Photos

Saturday, July 18, 2009

..::RAHSIA Perempuan Yang Lelaki PERLU Ketahui::..


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis didalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar untuk mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu  bagaimana hendak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja. 

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka lansung tidak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan. 

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

22. Satu ucapan 'Hi!' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata ingin memikat kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah air mata!! 

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. Jadi, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

..::7C Yang Pada Wanita & 8G pada Lelaki::..


Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan: 
7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita:-

1. Comot 
2. Cerewet 
3. Cemburu 
4. Cuai 
5. Celupar 
6. Cabul 
7. Cabar 


1. Comot 
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet 
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya, sebaliknya mulut lelaki terletak dihatinya. Oleh itu, wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai. 

4. Cuai 
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu. 

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. 

6. Cabul 
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada perasaan malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan mereka. 

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, "saya cabar awak........!".



Dan 8G yang terdapat pada lelaki yang dibenci oleh wanita:-

1. Garang
2. Ganas
3. Gementar
4. Gabrah
5. Gentleman Terlampau
6. Gerumal
7. Ganggo Keterlaluan
8. Gatal

1. Garang 
Garang tidak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah-marah tidak bertempat, silap sikit tidak boleh, macam dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas 
Kaki pukul, dengan perempuan pun hendak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.

3. Gementar 
Takut sangat, tidak yakin pada diri sendiri, tidak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.

4. Gabrah 
Tidak boleh atau tidak pandai buat keputusan sendiri, asyik ikut pendapat perempuan, dan sebagainya.

5. Gentleman Sangat 
Tidak 'gentle', pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.

6. Gerumal 
Bahasa kedah, bohong atau tipu.

7. Ganggo Keterlaluan 
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.

8. Gatal 
Miang keladi dengan perempuan lain selain daripada isteri sendiri.

Friday, July 17, 2009

..::Coretanku::..

18 Julai 2009

Assallammualaikum...

Hari nie 18 julai, bersamaan 25 Rejab. Dah nak habis bulan rejab rupanya, bulan yang dikhaskan untuk manusia sebagai hamba Allah untuk beribadat kepada Allah swt, sepertimana yang dikatakan Rasullah, bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulan Rasullallah dan bulan Ramadhan adalah bulan sekalian umat manusia. Jadi dah tinggal sikit je lagi hari, baki didalam bulan Rejab. Marilah kita banyak-banyak beribadat kepada Allah swt, berpuasa contohnya, kerana dalam banyak-banyak ibadah yang kita lakukan, puasa saja yang kita lakukan untuk menunjukkan ketaatan kita kepada allah swt, dan ibadat-ibadat lain kita lakukan adalah untuk diri kita kelak.

Hari nie sememangnya hari yang agak borink, sebab ramai lagi budak-budak rumah sewa yang tak balik lagi, dah xtau ape nak buat sebab bangun pun lambt, mungkin penat sebab main futsal sampai lewat malam semalam, tapi bezz, so, petang lepas jumaat juz layan internet jela, lepas tue, pergi settlekan tajuk final project pulak, pergi jumpa Pn. Ruzaidah, harap-harap dapat tajuk yang ok. amin.

Tadi, first time dapat tengok junior-junior aku, boleh tahan. huhu. tapi cuma dari mata turun ke hati jela, bukan kenal lagi diorang, dah kenal nanti, entah ape cerita. Hmm. lepas tue pergi basuh moto kesayangan jap, dan malam pegi keluar makan dekat kedai depan, sembang-sembang, balik tue, bukak laptop tengok movie, sekarang nie baru je lepas layan movie.

Hari pun da jauh malam skang, mate pun da penuh bintang, bantal pun da merayu panggil tido, jadi rasanye mase tido dah sampai, menunggu orang tu cari, tapi masih xcari-cari, seharian dah menunggu. Xpela, mungkin die busy xnak diganggu, lagipun exam die pun dah nak dekat, so, sekarang nie, tido tetap tido, plan untuk esok xde pape lagi, ade cadangan?? Esok kalau ada kesempatan nak siapkan artikel tentang "Adakah Iskandar Bukan Zulkarnain", terima kasih kepada sesiapa yang dah bace introduction dia, thankz you all!! sebarang komen post je kat comment box, insyaallah saya akan baca untuk peningkatan diri saya dalam bidang penulisan. Dah xda pape nak ditaip lagi, mari kita tido. selamat malam. Assallammualaikum...

Tuesday, July 14, 2009

..::Pemakanan Minda Islam::..



1. ASAL (Madu Lebah)
Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda sepertimana yang diterangkan dalam risalah ringkas ini. Kebaikan madu terdapat Al-Quran, Surah Al-Nahl ayat 68-69.
Maksudnya :"...dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia." Dalam kitab yang ditulis oleh Abdul Rahman Al-Juza (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa. Maksudnya : "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan". Kami memilih madu dari Republik Islam Iran, kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu dari pohon-pohon kurma, tin, zaiton, delima dan sebagainya yang mana kesemuanya disebut dalam Al-Quran dan kitab-kitab Perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak.

2. KARAPS (Bunga)
Dalam kitab Tib al-Nabi , ms 47, Nabi saw sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda saw. Maksudnya : "Makanlah olehmu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir as)" Sabda Baginda saw lagi tentang kebaikan karaps. Maksudnya : "Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps".


3. ZA'FARAN (Stigma Bunga) 
Stigma Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King Of Spices". Terlalu banyak dalam kitab yang menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab, ms 381, Saiyidina Ali kw menyatakan. Maksudnya : "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir". 

4. SU'DUN (Akar Tumbuhan)
Kebaikan Su'dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 2 di atas. Za'faran dan Su'dun dikehendaki makan bersama madu setiap hari.

5. ZANJABIL (Ubi Tumbuhan)
Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18 Maksudnya : "...mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil." Dalam kitab, menyebutkan riwayat ulama yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141-203H) menyatakan bahawa. Maksudnya : "Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari". 

6. LUBAN (Getah Pokok)
Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya menyebut dari Ibnu Abbas r.d. Anas r.a. dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya : "Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan".

7. HABBATUS SAUDA' (Bijirin)
Kegunaan Habbatus Sauda' bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan nombor 1 di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda' terlalu banyak. Di antaranya sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw bersabda. Maksudnya daripada hadis Abi Salamah r.d. bahawasanya Rasulullah saw bersabda : "hendaklah kamu mengambil Habbatus Sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati".

8. KHARDAL (Bijirin)
Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti y dinyatakan diatas pada kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h (141-203H) menyuruh kita memakan khardal dan Zanjabil bersama madu setiap hari. 

9. ADAS (Bijirin)
Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Adas dapat menguatkan ingatan sepertimana disebutkan.
Maksudnya : "Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu), makan adas, makan roti dan membaca ayat al-kursi".


10. ZABIB (Buah)
Dalam kitab yang ditulis oleh Ibnu Qayyim al-Juzi, ms 241, menyebutkan bahawa.
Imam Al-Zuhri berkata "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)".

11. NA'NA (Daun)
Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya, ms 298, menyuruh kita memasukkan daun na'na serta dihaluskan kemudian dicampurkan dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak Habbatus Sauda', diminum suam-suam serta dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta Surah Yassin.

Empat nasihat Imam Shafie r.h. untuk menambahkan kecerdasan akal:
1. Meninggalkan cakap-cakap kosong.
2. Menggunakan siwak.
3. Duduk bersama majlis orang-orang soleh.
4. Duduk bersama majlis ulama' .

..::Ciri-Ciri Isteri Yang Baik Menurut Islam::..


Isteri yang baik secara total akan mudah melahirkan rumahtangga bahagia tetapi sebaliknya isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumahtangga yang kucar-kacir.
Kita sedar dan faham rumahtangga yang bahagia lahir daripada isteri yang solehah, jiran yang baik dan kenderaan yang sempurna, dan wanita adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat. Manakala masyarakat yang baik pula lahir daripada rumahtangga dan keluarga yang bahagia.
Wanita dengan sifat kehalusan yang dianugerah oleh Allah s.w.t. bersesuaian sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami.
Daripada sifat semulajadi dengan kehalusan ini jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal agar kematangan berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan seorang isteri yang solehah, sudah pasti ia akan berhasil.
Rumahtangga bahagia boleh diasaskan oleh isteri akhlakul karimah, dia perlulah memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan yang pembetukan rumahtangga yang bahagia. Tanggungjawab ini perlulah benar-benar difahami, dihayati dan dilaksanakan agar cita-cita untuk melahirkan rumahtangga bahagia terhasil.


1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul
Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sesungguhnya. Perintah dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w. Ketaatan yang tidak berbelah bagi dengan sendirinya akan melahirkan disanubarinya perasaan kasih dan sayang.
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud. "Katakan kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai, kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintahNya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik" .
Jelas kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t. akan menelurkan kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia. Ketaatan dan cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperolehi sekirannya persediaan ke arah itu disambilewakan.
Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada Allah dan RasulNya, perlulah dididik sejak awal lagi. Didikan ini akan menjadi benteng dalam memahami akan batas-batas yang dilarang dan dibolehkan dalam agama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang mahmudah dan mengikut ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara mudah akan dapat melawan hawa nafsu lahiriah dan batiniah.
An-Nahl ayat 18 "Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat kamu menghitungnya". Daripada rasa kenikmatan yang diberikan olehNya yang tidak terkira akan memahami betapa seorang hamba itu sangat-sangat memerlukan KhalikNya. Sifat ihsan dengan sendiri mengongkong diri insan, kerana sifat wanita biasanya tidak akan puas dengan panorama duniawi.

2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan 
Kita fahami bahawa Allah tidak memandang kepada paras rupa (kecantikan) seseorang, tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian yang kukuh disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian yang kekal manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah usia. Tetapi sekiranya kecantikan ini dapat diadunkan dengan akhlak yang mulia sudah tentu ia menjadi permata yang tidak ternilai harganya dan menjadi pilihan utama setiap insan.
Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah dididik dan diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar dapat meninggikan lagi taraf kemanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.
Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat memahami akan bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada tubuhnya dalam keadaan tertentu, dapat mengawal perkataan-perkataan yang maaruf ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas bergaul sesama rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang lainnya.
Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan dengan wanita yang tidak solehah. Ia tidak gemar membeli tanpa izin suaminya, apatah lagi penjualan dengan cara berhutang sepertimana kaedah sistem belian hutang yang berleluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada kemaksiatan daripada yang maaruf.
Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian, Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang solehah juga akan bijak mengawal harta benda suami ketika ketiadaannya.


3. Mengambil berat kewajipan rumahtangga dan berusaha memperbaikinya.
Wanita yang telah dididik sejak awal-awal lagi dengan akhlak yang mulia secara matang mengetahui akan persediaan berumahtangga dan memahami kewajipannya kemudian memperbaikinya dari masa ke semasa dengan patuh dengan tunjuk-ajar suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ia adalah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia, apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya".
Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang, ketaatan yang tidak berbelah bagi, asalkan ia diredhai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suami ketika ketiadaannya.
Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus ia seolah-olah menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki yang berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik.
Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang solehah merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendak tidur, tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata.
Isteri yang solehah sungguh cekap dan teratur melayani suaminya, menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi dan lain- lainya. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya.
Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam.

4. Malu dan taat 
Sifat malu sememangnya lumrah bagi seorang wanita. Malu seorang isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada suaminya, selagi suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangi dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga.
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu mencari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak baik kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu, dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka".
Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai dengan kewanitaannya dan dilarang oleh agama.
Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepada Allah s.w.t. dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.


5. Mulia dan hormati ahli suami dan kerabatnya
Bermula selepas ijab dan qabul, tugas dan tanggungjawab ibu bapa selama ini berpindah secara automatik ke bahu suami sepenuhnya. Dan sebagai seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih sayang.
Oleh itu tidak syak lagi seorang isteri itu perlu menghormati ahli-ahli (adik-beradik) suami, saudara-mara dan kerabatnya mengikut batas yang tertentu. Serta perhubungan dan pertaliannya mempunyai had dan batas yang dibolehkan di dalam Islam.
Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah disanjung dan hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan keluarga Islam, perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang disebabkan oleh sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami.
Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan yang tidak dimampui oleh si suami hingga membabitkan keluarganya, ini juga menjadi punca perpecahan antara suami isteri dan kaum keluarganya. Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya merupakan satu tanggungjawab isteri yang baik.


Monday, July 13, 2009

..::Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali Karamallah Wajhah::..

Sabda Rasullallah S.A.W.
Wahai Ali, bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:-
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:-
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:-
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:-
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:-
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH S.W.T.

Wahai Ali, aku melarangmu dengan 4 perkara:-
1) Irihati.
2) Bohong.
3) Loba.
4) Pemarah.

Wahai Ali, segala sesuatu ada penyakitnya:-
1) Penyakit bicara adalah bohong.
2) Penyakit ilmu adalah lupa.
3) Penyakit ibadah adalah riak.
4) Penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri.
5) Penyakit berani adalah agresif.
6) Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian.
7) Penyakit cantik adalah sombong.
8) Penyakit bangsawan adalah bangga.
9) Penyakit malu adalah lemah.
10) Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
11) Penyakit kaya adalah kikir.
12) Penyakit mewah adalah berlebih-lebihan.
13) Penyakit agama adalah hawa nafsu.

Marilah kita bersama-sama kita renungkan sejenak pesan Rasullallah S.A.W. ini, cukupkah kita sebagai Muslim mempunyai ciri-ciri Muslim yang benar-benar beriman. Mari kita sama-sama memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik di hari-hari yang mendatang. Insyaallah.

Sunday, July 12, 2009

..::Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain::..

Buku yang dinyatakan dengan tajuk diatas adalah hasil karya penulisan dan kajian yang dilakukan secara terperinci oleh seorang anak tempatan. Afareez Abd Razak Al-Hafiz, seorang pensyarah dari Universty Islam Antarabangsa(UIA). Buku ini ditulis berikutan kekeliruan yang timbul dikalangan masyarakat dunia, khususnya bagi golongan Melayu-Muslim, bagi membongkar kewujudan dan rahsia sebenar seorang pemerintah agung yang beriman kepada Allah S.W.T. dan disebut didalam kitab Al-Quran dalam surah Al-Kahfi didalam ayat 98 ini:-
"Ini adalah suatu rahmat dari Tuhanku.Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu adalah benar"
atau
ayat ini...:-
"Hingga ia sampai ke tempat terbitnya matahari (timur) dan mendapati suatu yang tiada bagi mereka perlindungan"
ditunjukkan disini bahawa terdapat seorang penakluk yang menakluki hingga ke Timur dunia, keagungannya seperti dinyatakan didalam Al-Quran, dan yang paling jelas dinyatakan adalah berkaitan tembok penghalang dari kaum Yakjud dan Makjud. Adakah boleh disimpulkan disini bahawa Alexander The Great adalah Zulkarnain?? ataupun Zulkarnain merupakan pemerintah lain, dan Alexander The Great itu sememangnya adalah Zulkarnain??

Peta Penaklukan Alexander The Great




Sehingga sekarang ramai yang tertanya-tanya dan tercari-cari siapakah sebenarnya Zulkarnain, lelaki misteri yang digambarkan didalam Al-Quran, pasti ramai yang ingin mengetahui siapakah sebenarnya Zulkarnain, yang sering kali dikaitkan dengan Alexander The Great, seorang pemerintah agung dari Macedonia yang berjaya memperluaskan pengaruhnya dari timur sehingga ke barat dunia, dari Balkan sehingga Himalaya India dalam tempoh usia sebelum umurnya mencecah 33 tahun, dalam misi yang dilakukan sepanjang hayatnya itu, tidak hairanlah ramai yang berpendapat bahawa Alexander The Great adalah Zukarnain. Tapi persoalannya disini, benarkah beliau yang digambarkan sebagai Zulkarnain?? Kepercayaan ini semakin hari semakin meresap didalam kehidupan masyarakat Melayu-Islam khususnya. Tidak adakah pemerintah lain sebelumnya dan selepasnya yang mampu kita gambarkan sebagai Zulkarnain?? Hari ini terdapat retakan kecil yang mula dipertikaikan, adakah sebenarnya Alexander The Great adalah Zulkarnain.

Didalam sejarah dunia dicatatkan terdapat 4 pemerintahan agung yang telah memerintah dunia sebelum kelahiran Nabi Allah Muhammad S.A.W. Namun begitu, terdapat raja-raja lain yang memerintah muncul tidak kurang hebatnya dan kerajaannya mampu kekal berabad-abad lamanya. Memandangkan pelbagai budaya dan agama yang wujud sebelum kelahiran Nabi Allah Muhammad S.A.W. Ini menjadi kesukaran bagi kita menilai siapakah yang sebenarnya yang beriman dan siapakah pula yang tidak beriman, berlandaskan kajian-kajian dan nas Al-Quran serta hadith S.A.W. Mari kita selidiki kebenaran siapakah sebenarnya Zulkarnain. Mari kita fokuskan kepada 4 raja yang menjadi keutamaan ini terlebih dahulu:-
1.Raja Namrud-Tidak beriman, dikenali dengan pembinaan Menara Babel dan dikaitkan dengan penentangannya kepada Nabi Ibrahim.

2.Raja (Nabi) Sulaiman-Beriman, bahkan adalah seorang Nabi utusan Allah serta mewarisi kerajaan ayahnya Nabi Daud.

3.Raja Bukhtanasar-Tidak beriman, menakluki kerajaan yang pernah dipimpin oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan membawa orang Yahudi ke Babylon sebagai hamba abdi.

4.Raja Zulkarnain-Beriman, uniknya adalah raja-raja yang lain dipanggil dengan nama mereka masing-masing tetapi raja ini dengan gelarannya.