BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

.::Ikhlaskan Hati::..


Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :- 

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim. 

Sesungguhnya sifat ikhlas akan memberikan kesegaran kepada jiwa, keikhlasan memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu. Sifat ikhlas itu perlu disemai sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tatkala hati dirundung sedih, hati akan tenang kerana keikhlasan dan keredhaan yang tersemai didalam diri. Ketika hati diterjah kegembiraan, ada kesyukuran meniti dibibirnya. 

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” -(Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah, tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kala susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya ikhlas”. Ikhlaskah kita sebenarnya?? 

Kerana ketidak ikhlasan dalam diri, jiwa akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam sememangnya dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT. 

Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain. Harapkan belas ihsan dari Allah semata2. Nescaya lebih keberkatan didalamnya.

Thursday, November 19, 2009

..::Disudut hatiku::..


Setinggi2 aku ingin terus terbang dan bangun bermasa impianku,

Terlalu lama aku membiarkan diriku hanyut bersama kesedihan,

Mengurung kekuatan diriku ini dibenak penjara penyesalan lalu,

Bersama kepuraan jauh disudut gelap ketakutan hati kecilku ini,

Ingin aku mengaturkan  langkah indah di pementasan kehidupan, 

Tidak lagi membiarkan diriku diperlakukan umpama buah catur,

Oleh tangan di sekelilingku yang semudahnya mempengaruhiku,

Telah lama aku cuma memberi sedang diriku hanya dikorbankan,

Bukan mementingkan diri, tetapi cukuplah segala2 Khairul Azmi,

Laluan kepedihan yang telah kau redahi tidak sesiapa yang peduli,

Manusia2 kejam yang mementingkan diri, aku bencikan mereka,

Ataupun diriku yang buta membiarkan ia terus-terusan berlaku,

Telah aku biarkan diriku dibawah, kini masanya aku ingin berdiri,

Buktikan pada mereka yang cuma menilaimu dengan keangkuhan,

Bukan menghargai tiap kesusahan yang telah engkau korbankan,

Yakin dengan dirimu, kerana masih ada yang mengharapkanmu,

Jangan sesekali gentar kerana panji yang Esa disisimu. Insyallah...

Tuesday, November 17, 2009

.::Nilai Sebuah Laptop??::.

Izzairul(1)
~nama timangan laptopku..huhu..

Owh laptop kesayanganku,
Kenape la kmu sanggup disikiti oleh virus,
Sedangkan kamu begitu baik dengan diriku,
Menemani aku disaat aku sdey b'duka,
Mahupun t'ersenyum riang kegembiraan,
Kmu tempat aku m'ngadu disaat semua m'jauh,
Meskipun kamu tidak bercerita denganku,
Tapi, kamu tenangkan aku dikala aku b'samamu,
Xkan aku biarkan kmu terus disakiti,
Kerana aku akan selalu melindungimu,
Seperti mana besarnya jasamu t'hadapku.~~


Nak dipendekkan cerita, laptop kesayang aku Dell Inspiron 64oo kaler kelabu, Operating system micrOsoft windOws XP ProfesiOnal service pack 3 diserang oleh virus trOjan.win32 y datang entah dari mane, xdapat nak dikenal pasti, kemungkinan datang dari download files aku, ini memang betOl2 mencabar kewibawaan aku tentang perisian windOws XP, berani sungguh die hack system32 aku, memang nak cari nahas nmanya, berani2 plak die pecah masOk ske2. Mulenye die kucar-kacirkan system32 aku, time 2 aku dah naek geram dah, kalau die serang file laen xpe gak, bOley lagi dimaafkan, die berani2 serang file pling penting dalam windOws aku(system32 file), m'nyebabkan laptOp aku 'hang', aku pun dah panic jap, apesal camnie nie?? Dengan perasaan y risau+plik, aku try detect virus 2 gnekn cOmmand prOmpt, namun sudahku sangka ini bukan virus biasa y boley aku detect snang2, xgne. Kalau virus2 biasa aku bOley je delete pkai cOmmand prOmpt, sampaikan Kaspersky Internet Security aku xdapat detect gak pada mulenye, selepas aku restart laptOp aku, baru anti-virus aku dapat detect, 2 pun sbb die try nk dlete 2-3 file aku, lepas je kaspersky aku dapat detect, dengan xbanyak fikir2 lagi, terus aku delete. 

Ingatkan abis kat c2 je riwayat makhluk penjahanam siber nie. Rupenye ade sekOr lagi sedang bermaharajalela, sempat plak die beranak pinak dalam laptOp aku, igt ape! laptop aku nie kilang virus k, xpUn umah sewa die?? Y lagi menyakitkan hati aku, die sempat plak delete satu file system, user32.dll(system log on component) dlm file system32 aku. N trus je laptOp aku t'padam, sbb 1 windOws cOmponent aku dah kne delete, dah xley functiOn la mksudnye. Agak2 la virus, tau la member ko dah kne delete, buah ati ko ke y ko nak marah sangat??! Maen kOtor nampak kau nie!!. Geramnye aku!!. 

Bile aku try On blik laptOp aku, die da xbley lOg in dah, boley masOk smpai boot screen je n die gtau 1 file aku has been missing kt screen biru(loading page sebelOm sampai kt page lOg in screen). Try masOk dalam save mOde pun xley gak.. isk!!~~ Ape aku nk buat nie, xkan nak format kot, barang2 aku banyak lagi ade kat dalam partition operating system tue(t'msOk la thesis aku y nk kne hantar minggu nie) Huh!!~ Pnat aku b'fikir, camne la aku nak selamatkan semua benda2 aku tue. Pling penting thesis aku y nak kne selamatkan, 15 minit aku t'menung sambil b'fikir. "Xkan la nak format, cmne ngan thesis aku, brang2 laen?? Ade ke cara laen nie??". Cepat la cari jalan Azmi!! 

Hurmm. aku bawa kluar semua CD2 OS(Operating System) aku y aku ada, aku belek2, ape la agaknye bnde2 nie dapat tlong aku kali nie. T'tibe aku t'ingat y aku pernah dOwnload OS Xp sp3 Bootable(maksudnye, OS jnis nie bOley format dalam satu partition hard disc, tanpa m'delete OS sblumnya). Dengan cara nie jela aku rasa dapat selamatkan barang2 aku. harap2. Tapi aku tau fakta je, xpernah lagi aku try, dengan hati b'debar2 risau takOt semua barang2 aku t'delete dalam prOcess 'bOotable OS format', tawakal jela. N aku masOkkn bOotable OS 2 dalam CD drive aku n aku bia die running, smpai je kt part die tnye, "press 'F' to format this partition". Kli nie mmang aku tkOt sgt2 nk tkan butang 'F' 2, bukan aku xpernah format laptOp aku or laptOp orang laen sblum nie, biase je. Tp, kali nie mmang btOl2 aku risau, salah buat keputusan, mati aku!! Thesis aku!! arghh!!~~ Nak atau x, aku beranikan diri gak press 'F' 2, 1 jam aku 2nggu process format 2, sampai la siap, n aku boley lOg On. 

Bnde p'tma aku y aku pegi tngok lpas aku lOg On adalah partitiOn OS aku, nseb baek la OS aku y lme still lg ade dlam partition 2, fuhH~~ Lega ase ati (sampai aku ckap Love u LaptOp.haha. Klu laptOp aku nie awek aku, dah lme aku ajak dinner.huuu~~)Xpyah fkir pnjang, trus je aku cOpy file y dah kne dlete dari windOws OS lme ke dlam windows OS y bru aku format, lpas 2 aku try lOg in gne OS lme, alhamdulilah dpat!! Dah dpat slamatkan OS lme ngn file2 dlam 2 skali, settle stu msalah, msalah lagi stu, virus jahat y still lg remain dlam aku punye lptOp n cmne la aku nk buang OS bru y bru aku install td dri lptOp aku. Xkan la nk bia je, buat brat lptOp aku je nanti, rugi space hard disc plak 2.. hurmm.. aku nak delete OS bru nie, tp, cmne?? Klau stkat nk right click, pas2 click dlete, cOmfirm2 xdpat punye, bukannye file biase, file system nie. Bru aku t'ingat pada article y aku bce xlame dlu, nak dlete dOuble OS in system, kne ubah value bOot menu die dlu, setelah pnat aku try ubah value kat bOot menu die, akhirnya dpat gak aku dlete OS y bru 2. Lega asenye saat 2.

Dlam mse y sme, aku full scan laptop aku gne kaspersky(maen kejar2 ngan virus.haha...). N akhirnya!! Pdan muke kau perOsak+lambatkan kje aku=menyusahkan aku!! Dpat gak aku terminate y sekOr 2. Jangan la die smpat beranak pinak lagi. Disbabkn virus nie, tabiat die xkan ddOk kat tempat y sme stiap kali kte jmpe die, die akan lOmpat dari stu file ke stu file y laen, sO, ati2, jangan bia antivirus terminate virus tme die kat files system(pendek kte y kt c:windows\system32), ble die dah kluar dri c2, bru terminate, or jangan bia die dlam system, klu x, jdi la mcm kisah y bengOng kat atas nie. Virus tlOng dlete. haha... Alhamdullilah la skang, laptOp aku dah kembali mcm dlu. DpAt la aku smbUng bt kje, smbil updAte blOg aku nie.hmm...

Pesanan:-
  • Pakai la anti-virus y bOley d'percayai
  • Jangan ambil jalan singkat hantar kedai jer
  • Belajar la skit2 psal laptOp anda, xrugi sikit pun
  • Jangan downlOad Or melawat web2 y harmfull!!!
  • Syangi lptOp anda. Jangan pndi syang buah ati je

Wednesday, November 11, 2009

..::Oh!! MICETku::..



Pejam celik, pejam celik, dah hampir ke penghujung dah perjalanan aku kat sini, UNIKL micet selamat tinggal, dah macam2 kenangan dah aku kat sinie, begitu jugak la dengan macam-macam cerita suka duka aku kat sini, perjuangan aku pun dah hampir ke penhujung talinya, kalau nak difikirkan, gembira pun ada, rasa sebak pun ada, kat sinie la aku belajar segala2, dari aku xkenal apa itu bioreactor, autoclave, skang aku dah kenal dah, siap boleh maen2 lagi dengan benda alah tue.hahaha... Kat sinie gak la aku belajar kuatkan fizikal n mental, kenal diri sendiri.hurmmm...

Tapi 2 la, dalam hati asa pilu ja bila nak tinggalkan campus nie, start aku masuk tahun 2007 dulu, aku kenal sorang demi sorang kawan2, gelak sama-sama, awal2 masok dulu siap dok mengutuk berbakul2 lagi tempat nie, kenapa la aku nie kena lempar kat dalam hutan Alor Gajah nie, nama ja Bandar Vendor, dah macam benua kat ujung dunia dah aku rasa, kalau diberi pilihan nak lari, nak ja aku lari time 2(nasib time 2 ade Z_t_ n parent bagi semangat.hurmm~~), xnak la aku dok tempat camnie, bas 24 jam sekali masuk, sosial life memang xdak lansung, fikir tengok, apa yang ada?? Nak maen boling?? Boleh sangat2!! Pegi susun botol tengah2 padang 2, ank lempaq la buah kelapa(amek belakang kedai Pak Ya) bagi jatuh semua...luncur salji?? Ada, tapi bukan luncur salji la, luncur bagi patah kaki, pegi naek ADTEC 2 tinggi2, pastue luncur(baca doa dulu sebelum luncur, mudah-mudahan kaki xpatah 2-2 belah) hahaha... Tapi, satu ja sukan yang micet xpopularkan, walaupun ada tempat strategik, tau apa?? Mesti la rock climbing, arap ja ada bukit 'puaka' tepi ostel 2, xbermanfaat lansung.hahaha... Try la kot nak buat Flying Fox ka, xpayah bas nak masok area nie dah, kita flying ja sampai pekan Alor Gajah(dah merapu dah aku nie)...


Aku dulu time xdak transport, mati kutu time cuti kat sini (nie salah satu sebab kenapa aku selalu buat kerja2 bodoh time weekend, waktu sem 1 n 2 dulu) bayangkan apa yang korang boley buat?? Aku cuma bangun pagi bertapa ngadap bukit ja tiap2 hari, benda pertama aku nampak time bangun tidor plak 2, hilang mood nak pegi class...isk!!~~ Skang dah ada transport sendiri, jalan dalam Alor Gajah nie xpayah sebut la, jalan mana aku xmsok lagi?? Wrong way pun aku dah tibai lap. hahaha.. Tapi, skang, sayang plak aku nak tinggalkan micet nie, kalau la aku diberi peluang stay satu sem lagi kat sini pun aku nak, tapi, satu sem ngan xpayah pergi class la... tambah2 class En. Shahidi, rela aku melutut kat depan Dekan supaya dapat drop subject dia, ngeri gila kalau dia ajaq subject, subject senang pun boley jadi killer subject...hahaha...(tue dia dok ngumpat lecturer, patut la benak ja ati tue, patut la telan madu sebotol sehari pun xcerdik2 aku nie) Lagipun, dah memang azali, aku masok class dari dulu sampai sekarang, memang aku xberminat lansung, lab pun sekali ja, kan depa dua tue adik beradik...

Aku ingat lagi, setiap kali lab ja, ada ja buah tangan dari lab aku bawa balik, dari start Ph indicator benda paling kecik dalam lab tue aku 'pinjam' bawa balik sampai ke conical flask buat bela ikan aku bawa lari, xcukup dengan instrument, chemical pun jadi mangsa sekali (ethanol la paling kerap abis, curi buat lab skrin laptop sampai kilat, pas2 konon2nya nak hygiene la kat bilik...huhu...) Kes tue la technician dok sorok chemical tue time class aku, lab mana yang selalu jadi walfare?? Xpayah tanya la, tau2 jela aku department mana.huhu... Semua nie sekongkol dengan kawan2 la, nasib baik sekepala, mana berani buat jahat sorang2...hahaha... Time aku dok ostel dulu, lari pusing block, lompat masok bilik orang ikot tingkap, lompat pagar, lompat ponteng class, lompat time maen bola tampar 2 xpayah sebut la, kalau aku xlompat tampar bola, aku plak kena tampaq dengan En. Zul Dewa kat belakang, apa lagi yang aku tak lompat, try sebut tengok?? Lompat masok block pompuan la yang aku xbuat lagi rasanya, tengok la kalau ada peluang time degree nanti.hahaha...(ikot suka hati ank ja azmi, budget macho pompuan nak pelawa ank pi terjah bilik depa, pastu buta huruf plak 2, "lelaki dilarang masok" besar2 tulis kat depan pagar ostel pompuan pun xreti baca..isk!!~) Macam2 lagi lah, tapi, 2 la, semua 2 pengalaman, bukan senang nak imbau balik benda2 macam tue, kat micet nie ja aku dapat semua pengalaman2 nie, dah la malas aku nak sebut lg, buat tambah sedih ja... hurmm...

Tapi, dalam tengah2 feeling2 nie, sedar aku yang FYP aku entah ape citer, dah lama dah bertangguh, rest jap, bagi laluan kat final exam, 2 minggu dah rasenye aku hold. Alhamdulillah la skang final exam sudah berjaya aku tempuh, tengok la plak result nanti, sama2 tengok aku nie jawab exam bukak mata terang2 or dok tabur dadu ja atas meja...hahaha... (banyak la ank punya dadu, ingat time sekolah menengah ka, jawab soalan jenis ABC, dussshhh!!~~) tapi, ada gak la soalan yang aku buat fakta sendiri time final dulu (sapa nak beli Ensiklopedia yang aku tulis, boleh order ya) entah pape la soalan yang keluar ri2...(sedap je mulut, salahkan soalan konon2, aku yang liat nak study, stadO je yang lebih) tapi, memang xpayah menipu la, kalau xpernah meniru time test or quiz, penyambung nyawa semua tue...asanya kalau xmeniru, mau sampai 3 tahun lagi aku extend kat sinie, tapi, final exam jangan buat cam2 la, nak rasa extend dengan malu, try la,hahaha...

Ape2 pun, untuk semua kawan2 yang seangkatan yang tengah dok berjuang dengan final year project, Gud luck la semua, junior, mana2 yang dah balik 2, selamat bercuti, jangan dok ikot perangai2 jahat senior2 korang nie, moga2 jumpa lagi laen kali, kepada senior2 yang dah xnampak dah muka lepas nie, pun gud luck jugak, moga2 jumpa lagi korang lepas nie, yang mana masih berbaki paper final exam, xabis2 lagi, gud luck gak, berjuang lah untuk ke akhir kalinya~~ You all the best!!