BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 11, 2010

..::Anugerah Terindah::..

Assalammualaikum…

Setelah sekian lama menyepi, mencari sisa2 diri sendiri yang telah lama hilang bersama kesedihan dan penyesalan, jatuh bangun, berdiri dan meniti, hari ini beginilah aku seadanya. Aku ingin sekali terus melangkah dan melangkah mengikuti jejak2 lalu yang telah ditinggalkan sepi.

Sesungguhnya, apabila diimbaskan kembali, dugaan ini merupakan dugaan terbesar yang pernah aku lalui sepanjang hampir 21 tahun nafas nyawaku dimuka bumi Allah s.w.t. ini. Sedari diriku, betapa lemahnya diri ini ketika itu, terlalu banyak kesilapan yang aku tempuhi tanpa aku sendiri sedari. Sungguhpun dalam kesabaran dan kebijaksanaan, masih punya kesilapan yang tidak diduga muncul di penghujung jalan cerita indahnya.

Ternyata, kematangan yang aku punya sebelum ini masih belum memadai bagiku untuk melangkah dengan cermat dan teliti, tanpa meninggalkan jejak2 kelemahan. Saat ini, aku pastinya panjatkan sebesar2 kesyukuran kepada Allah s.w.t. dengan nikmat ketenangan yang diberikan, satu perasaan yang aku tidak pernah punya sewaktu saat2 sebelumnya, saat indah yang akan selalu aku genggam di setiap detik2 hidup aku selepas ini dan seterusnya.

Dugaan2 yang telah aku tempuhi banyak mendorongkan aku untuk berfikir sejenak, mencari setiap hikmah2 dibalik ketentuanNya. Kesakitan aku selama ini, deraian butiran air mataku, walaupun seketikanya tidak sesiapa pun yang mengasihani, apatah lagi sama2 meratapinya bersama2 denganku. Namun, aku sedari tangisan sedu didalam setiap doaku seketika itu dibalas indah saat ini, -Dia lindungi aku dari erti putus asa, -Dia mengajarku meniti berhati2 di setiap liku2 dugaanNya.

Walaupun ada saatnya aku jatuh tersungkur dan tidak lagi berani mendongak hakikat kenyataan, namun cebisan semangatku masih lagi punya sedikit kerlipnya untukku kutip semula ia agar dapat dicantumkan kembali untuk dijadikan sebagai bingkai utuh kekuatanku. Aku sedari jalan liku dugaan yang –Kau hamparkan ini punya denai laluan indah yang –Kau ingin aku rasai nikmatnya kelak. Saatnya dan ketika ini, mataku terbuka luas menikmati keindahan milikNya, seketika, melirik, celik mentafsir setiap detik2 kejadian, tak ingin lagi aku lalai dari mensyukuri anugerah keindahan ciptaan Allah S.W.T.


0 comments: