Satukah erti sebuah cinta & pengorbanan??
Bila mana erti pengorbanan & cinta itu...
Yang dahulu kita ingini
Yang dahulu kita miliki
Yang dahulu kita sayangi
Yang dahulu kita ratapi
Kita merelakan ia pergi
Kerana itu takdirnya ilahi
Melepaskan sesuatu atas nama pengorbanan
Melepaskan sesuatu kerana erti kasih suci
Melepaskan sesuatu demi bukti cinta murni
Melepaskan sesuatu mengharap manisnya rindu
Melepaskan sesuatu yang diingini disanubari
Dimiliki dan digenggami pastinya selalu dikasihi
Tanpa menanya kenapa kita
Tanpa mempersoal mengapa
Tanpa menilai jika bagaimana
Tanpa menduga-duga akan ia
Biar terasa berat tapi dihujungnya ketenangan dan kedamaian
Biar terasa pahit tapi dihujungnya kemanisan buah kesabaran
Telus dan tulus membentang pengorbanan demi janji kesetiaan
Tetap menunggu jua kepastian janji cinta yang pernah dilafazkan
Memegang erat janji yang harus dikotakan sebaik-baik kejayaan
Berkali cinta jatuh dan bangun janji tetap dijiwa bernama kekasih
Ketika inilah perhubungan menuntut erti tabah perjuangan
Ketika inilah perhubungan mempersoalkan keutuhan bukti
Bukti Cinta yang telah tersemai
Bukti Niat yang dipasak kukuh
Bukti Janji yang digenggam erat
Bukti Syukur yang masih dilafaz
Bukti antara nikmat yang dimiliki itu ketika dipisahkan sementara
Redhakah kita demi mendapatkan redhaNya?......