Saat dirimu meneliti disetiap lakaran mata penaku menari diatas hamparan nota kecil penghargaan ini, sekilas aku ingin menarik tanganmu kembali menjejaki liku2 kenangan kita yang lalu, kenangan yang kita sama2 tempuhi tanpa erti putus asa. Terlalu sukar untuk ditafsirkan dengan patah bicara, pastinya saat dan ketika ini, kesukaran itu mengajar kematangan kita bersama2. Kesabaranmu banyak mengajarku apa itu erti kejujuran, kau hamparkan lukisan keikhlasan disetiap kesedihanku yang bagaikan tidak bertepi, kelembutanmu aku jadikan tali utuh bagiku berpaut kukuh, lirikan manja senyumanmu setenang tasik kasih nan indah dasarnya, meruntuhkan setinggi manapun gunungan egoku.
Ketikanya, di saat itu, aku jatuh tersungkur ditolak seorang insan yang pernah bertakhta dihatiku, di waktu tali semangatku terbang bagai layang2 terputus talinya. Hadirmu tidakku sedari, di setiap tingkahku ketika itu, kau meniti berhati2 dibelakangku, menjejaki setiap bekas2 kesedihanku yang lalu, berbekalkan ranting kecil kesabaranmu yang sesekali memukul manja dibelakangku. Dirimu saat itu seperti anak kecil yang mengikuti setiap jejak2 si bapa kemanapun langkahnya pergi. Aku sedikit pun tidak mempedulikan langkahmu, sekadar memandang kosong tanpa maksud tersurat apatah lagi tersirat, bagiku mungkin dirimu cuma seperti sebahagian seangkatan kaummu yang lain, dipandang ada, dicari tidak mungkin dapatku temui, kenangan lalu mengajar aku mentafsir mereka2 sebegitu rupa, maafkanku ketika itu sayang.
Ternyata, kesabaranmu itu berjaya mengajakku menoleh kebelakang seketika, serta menyimpulkan langkahku sementara. Aku memandangmu sebagai seorang sahabat, peneman bagiku mengukir sebentuk senyuman dibibir kelatku. Mungkin disaat itu, cintaku pada si dia masih terlalu utuh untuk dirungkaikan oleh ketentuan apapun. Malah, tiada batasan waktu dan wang ringgit yang dapat membentengi aku untuk terus berusaha dan terus berdoa. Disetiap jejakku, aku bulatkan tekad untuk menyelamatkan hubungan kami yang telah lama terbina, tak mungkin bagiku membiarkan mahkota janji kami yang tersimpul terlerai semudah itu. Seluruh lorong2 dan denai2 usaha aku susuri, segala duri kepayahan aku redahi, meskipun aku menyedari padah disetiap titisan peluh yang aku korbankan perlu aku tanggung kelak, hingga saat ini juga ia masih menjadi igauan kehidupanku. Sesungguhnya kesakitan pengorbanan itu begitu perit untuk ditanggung seorang diri tanpa sesiapa disisi serta tanpa sesiapa pun mengerti keperitan yang terbuku dihatiku.
Ketika itu, aku mencari kekurangan dan kesilapan untuk dibetulkan selagi punya ruang dan kesempatan. Sungguhpun begitu, apakan dayaku, aku cumalah insan biasa untuk menyelamatkan cinta hamba seampuh kayu yang telah dirobek anai2. Mungkin juga kerana aku terlalu lewat menyedari keretakan itu untuk ditampal dengan maaf serta pujukan manja. Retakan permata pudar kerana keampuhan kasih sayang itu tidak lagi dapat aku tutupi oleh tangan sayang yang bersarungkan kepalsuan ketabahanku, hinggakan maruahku diletakkan serendah2nya meminta belas ihsannya, berharap mudah2an dia mengerti kesungguhanku itu. Namun, ungkitan kenangan lalu serta batas kejauhan mengejar disetiap langkah2 usaha kami, apatah lagi si dia jauh diperantauan negeri orang, aku pula masih lagi bertatih mencari arah ketentuan hidupku dinegeriku sendiri. Aku sedari kesilapan terbesarku, mungkin cuma kerana aku membiarkan si dia keseorangan tanpa pelampung sayang dan kesetiaan yang dipaut kukuh dari dahulu, hinggakan dirinya begitu ampuh untuk bertahan dari pukulan ombak dari sudut manapun dan seterusnya tenggelam kedasar tanpa dapat digapai lagi.
Mungkin sudah dicatitkan sebegitu rupa, biarpun sesungguh mana kesabaran dan ketabahan yang dipaksikan, tiada gunanya kerana masing2 meletakkan emosi sebelum menilainya dengan kewajaran berfikir. Nuraniku pastinya lemah menghadapi kesakitan ini keseorangan, hinggakan aku tersimpuh lemah disudut bilik menangisinya, pernah seketikanya datang seorang sahabat menanyakan perihal kesedihanku itu, aku hanya mampu menjawab dengan nada sayu dan tenang '...mungkin tidak cukup tidur agaknya, hinggakan mataku merah begini’, tidak mampu bagiku untuk meluahkan kepada sesiapa pun kepedihan yang terguris sedalam ini disaat itu, aku cuma membiarkan ia berlalu dengan arakan awan masa, mudah-mudahan kesedihan itu terlipat sendiri sebagai ranting kenangan diakhirnya. Sangkaanku begitu sama sekali jauh dari kenyataannya, sejauh manapun aku berlari pergi dari hakikat kesedihan itu, ia tetap terbayang jelas disebalik ukiran kegembiraan sempurnaku yang dibuat2.
Aku sedari, sedalam manapun aku benamkan kesedihan ini tanpa melepaskan ia pergi, ia cuma seperti membenamkan pelampung itik ke dasar kolam, semuanya sekadar hanya usaha sia2 belaka, kelak ia akan timbul kembali, jelas dipandangan mataku bersama roda kenangan yang akan kembali berputar, episod kesedihan lalu pastinya akan terbayang kembali, mahupun hanya untuk sesaat, ia cukup membuatkan hatiku terguris luka. Ketika itu juga, ranting kayu kecilmu hinggap dari belakangku yang sememangnya sedari dahulu kau dibelakang mengekori jejakku, hampir2 aku terlupa tentang itu. Pukulan kali ini cukup kuat sekiranya mahu dibandingkan dengan sebelum2nya, entah pukulan yang keberapa ratus kali agaknya, hinggakan kakiku terkesan luka kecil angkaramu, membuatkan aku menoleh kebelakang sekali lagi, hampir sahaja ingin aku memarahimu, namun setelah aku terpandang ketenangan anak matamu, bersihnya air mukamu datang menerpa membaluti lukaan kakiku bersama kain ditanganmu. Dari gerakmu itu aku sedari dirimu ikhlas, sejuk hati lembutku memaafkanmu, begitulah sejuknya tanganmu menyejukkan hati kasihku yang telah terlalu lama bersalutkan kerak2 kesedihan.
Yakin tanganku menarikmu seiring denganku, yang sebelumnya cuma setia mengekori dibelakangku, dirimu ketika itu seperti anak kecil wahai sayangku. Saat ini, mari kita berpimpinan tangan, berjalan bersama2 menempuh rintangan ini, kita menari riang bersama2, kita tersedu menangis juga bersama2, kerana aku mahu tangan ikhlasmu sentiasa menyejukkan kedukaanku, menjadi senyuman disetiap kegembiraanku. Aku lemparkan ranting kayu, aku gantikannya dengan mawar merah untuk kau ratapi selalu, pastinya ia indah bukan?? Semakin lama dirimu disisi, semakin pandai diriku mengukir senyuman ikhlas, tenang rasanya begitu, semakin berani juga langkahku menempuh hari2 mendatang dengan keyakinan yang digenggam erat. Dirimu umpama mawar putih yang masih berputik, aku cantas duri2 tajam dari rantingmu, agar tidak melukai tanganku ketika aku membelaimu kelak, sekiranya yang dahulu tidak sampai hatiku mencantasnya, khuatir menyakiti dirinya, dan akhirnya mencalarkan sebahagian tangan ikhlasku apabila dibiarkan terlalu tajam durinya. Tetapi, rantingmu seawal mungkin aku cantas, aku lemparkan sifat2 penyakit hati dari dirimu, takut ia bersarang dihatimu kelak.
Kelopak putihmu aku belai sebaik mungkin, tidakku biarkan ulat2 perosak menyentuhmu sekalipun. Kelopak2 sucimu tidakku biarkan gugur ketanah, kerana itu kebanggaanku dan pastinya kehormatanmu, akanku pastikan keharumanmu akan sentiasa mekar menyelubungi bukan sahaja untukku, malah untuk segenap insan disekelilingmu. Maafkanlah sekiranya teguranku serta perlakuanku mengguris hatimu, sesungguhnya aku mahu membentukmu, tatkala pedih itu sementara untuk dinilai hadiah kematanganmu kelak. Sungguhpun begitu, tetap jua akanku datang membaluti pedihmu dengan tangan belaian sayangku, tidak mungkin akanku biarkan dirimu merajuk duka terlalu lama, terlalu berharga kemanisan senyumanmu bagiku untuk dibazirkan walaupun untuk seketika.
Ketika ini, aku cuma mahu mendidikmu dengan jalan didikan yang terbaik semampuku, pastinya jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Terima kasihku kepada Allah s.w.t. kerana menghadiahkan aku insan seindahmu, penawar segala luka2ku yang lalu, kelembutanmu terlalu bernilai, tidak terbayar bagiku dengan sebarang bentuk harta dunia yang fana ini. Setelah sekian lama aku mendambakan seorang insan yang tulus sepertimu, dan sekarang dirimu muncul betul2 berdiri didepanku, aku pastinya mendakapmu seerat2nya, tidak mahu anugerah seindah ini pergi begitu sahaja. Aku coretkan kata2 indah yang masih aku nukilkan untuk tatapanmu sekiranya aku terpaksa pergi kelak, menebus maruah yang tercalar hina, kerana itu janjiku, janji yang hanya diri ini memahami sejelasnya.
Maafkanlah, kerana dirimu terpaksa melepaskan aku untuk seketika, aku akan pulang jua nanti, dengan izin Ilahi. Akan tetap selalu aku genggam cintamu dalam sanubariku ini, kukuh bertakhta, kerana sememangnya itu adalah bingkisan kejujuran dari hati kecilku ini. Bisikan nuraniku kerap kali membisikkan agar aku kuat mempertahankan anugerah indah Ilahi ini, pendamping disetiap detik2 perjalanan kehidupanku diperjalanan seterusnya. Tidak mungkin akan aku temui seorang sepertimu lagi, sebutir permata biru yang indah sinarnya. Kelembutanmu banyak mengajarku untuk terus menjadi matang dalam melindungimu, dirimu jualah yang sering memberikan aku peluang untuk menjadi diriku yang sebenarnya. Telah banyak nasihatmu membantuku mencari kekuatan diri yang telah lama terpendam oleh marah dan pandangan rendah dari insan2 lain yang tersenyum puas ketika aku tersungkur lemah.
Sayangku, percayalah padaku, dan ketahuilah keperibadian sepertimu telah terlalu lama aku tagih dari seorang wanita sejak dahulu lagi, sejak aku mengenal apa itu erti kasih dan cinta. Teruslah percaya pada kemampuanku, teruslah menjadi keyakinanku, kerana aku ingin sekali mengorak langkah menjadi yang terbaik, jauh lebih baik dari aku yang terbaik bagimu ketika ini. Aku mahu dirimu tahu, keyakinanku merupakan kekuatanku, jangan biarkan aku sesat dalam dunia sepi buatan sudut gelap hatiku lagi. Pintaku, peliharalah hatiku, dan gilaplah segemerlap mungkin dengan kain keikhlasanmu hingga ke akhir helaan kesedihanku ini. Sedaya mungkin tidakku biarkan halfiah rohaniku melukaimu dari apa jua kesakitan sekalipun. Setelah hampir setahun kita lalui liku2 rintangan ini bersama2, semakin kuat untukku serahkan hati ini untukmu sepenuhnya, walaupun hakikatnya, separuhnya masih lagi terkunci rapat untuk yang lalu kerana ikatan janji pada yang telah tiada. Aku harapkan dirimu memahami erti kataku yang satu ini.
Sungguhpun gurisan luka yang lalu masih lagi berbekas dihati, serta pedihnya masih lagi ngilu terasa, tetapi aku yakini kejujuran hatimu tidak akan sanggup membiarkan diriku terus begitu selamanya. Teruslah kekal menjadi cahaya hatiku dalam aku menggapai cita2ku, berikan aku sedikit waktu untuk benar2 dapat menerimamu dalam kotak hati ini, akanku tempatkanmu lebih baik dari yang sebelumnya, kematanganku akan melakarkan ruangan indah itu untukmu. Sekiranya kita bersama bersungguh2, tidak akan kemana niat suci ini, marilah bersama2 kita genggam erat2 ketulusan ini. Sekiranya dirimu memerlukan aku, serulah aku dari sudut manapun lantai bumi Allah s.w.t. ini, pastinya aku akan bergegas kembali, tidak terbalas dengan apapun setiap pengorbananmu untukku, hinggakan aku berdiri setabah ini. Percayalah pada ketentuan Ilahi, hadirkan ia dengan usaha dan tawakal yang ikhlas, semoga ikatan ukhwah ini keakhirnya, insya-Allah. Tabahkan hatimu, kita panjatkan doa tawhaduk dari-Nya bersama2 wahai puteriku. Bicaraku ini ikhlas khas untuk tatapanmu puteriku Nurul Syafinaz Ghazlimi:-